Posted by: cawato | July 14, 2007

Sentuhan

 

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang. Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan. Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:
Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan .Dikatakan :”Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’”Maka beliau bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)
Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah
Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu.
Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous iaitu yang berikut:

1. Daerah kening
2. Bahagian pelupuk mata
3. Hidung
4. Pipi dan sekitarnya
5. Bahagian tengkuk
6. Bahagian leher
7. Daun dan belakang telinga
8. Payudara terutamanya puting
9. Bibir dan lidah
10. Bahagian dalam mulut
11. Peha dan sekitarnya
12. Ketiak
13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj
15. bahagian tumit

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.